Doa Meningkatkan Motivasi Staf

 

Apabila staf telah melaksanakan satu-satu tugas dengan baik dan betul, ketua boleh mendoakan staf tersebut.

Sebagai contoh;

“Ya Allah, murahkan rezeki Tuan Aoran sebagaimana beliau bekerja keras meningkatkan pendapatan syarikat ini.”
“Puan sungguh kaya budi. Saya doakan puan juga kaya rezeki!”
“Allah membalasi tuan dengan kebaikan yang banyak.”

Apakah kelebihan apabila staf menerima ganjaran sosial yang berbentuk doa itu?

  1. Jiwa staf terhibur. Motivasi kerja meningkat.
  2. Ucapan doa mendapat pahala.
  3. Orang yang menerima doa itu akan mengaminkan doa. Rakan-rakan staf yang mendengar turut menyebut “Amin” beramai-ramai.
  4. Lazimnya, doa akan dibalas doa. Masing-masing saling mendoakan.
  5. Doa tidak melibatkan kos, boleh diberi serta merta, pada bila-bila masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *