5 Tip Menurunkan Tugas kepada Staf (Infografik)

Apabila mahu memberikan tugas kepada staf yang mempunyai dorongan kejayaan yang kuat….

Lakukan 5 tip ini.

[1] Berikan tugas yang sederhana sukar.

  • Tugas yang mudah tidak mencabar bagi mereka
  • Tugas yang terlalu sukar, kemungkinan untuk berjaya adalah kecil
  • Tugas sederhana sukar memberi peluang kepada mereka bagi mencipta kejayaan kecil sebelum kejayaan lebih besar.

[2] Jelaskan matlamat dan objektif tugas itu.

  • Biar staf yang menentukan KPI kerja mereka sendiri.
  • Tidak diterangkan cara kerja secara detail.
  • Berikan dorongan supaya mereka bereksperimen dengan tugas itu. Jika salah baru dibetulkan.

[3] Turunkan tugas dan kuasa membuat keputusan berkenaan tugas itu.

Berikan mereka tanggungjawab penuh. Mereka akan rasa kepuasan yang tinggi apabila kerja itu berjaya.

[4] Sentiasa memberikan maklum balas positif atas hasil kerja.

Ini mendorong staf meningkatkan daya usaha terutama apabila berhadapan dengan situasi sukar.

[5] Tutup mata pada kesalahan teknikal dan remeh-temeh yang dilakukan oleh staf.

Jika mereka perlu ditegur, terangkan cara kerja yang betul sahaja.

Tip menurunkan tugas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *