Cara Mudah dan Murah untuk Mendorong Anak Buat Baik

Hormat

Salah satu tip untuk mendorong anak mengekalkan kerja baik yang mereka lakukan adalah menggunakan pujian.

Pujian yang diberikan kepada anak itu mempunyai dua peranan.

  1.  Membetulkan konsep diri, iaitu apa yang dia percaya tentang dirinya.
  2. Meningkatkan estim diri atau disebut sebagai nilai diri. Estim diri positif membentuk tingkah laku positif.

Perkara yang dipuji

Pujian tidak diberikan ke atas diri orang itu.

“Abang baik!” – ini pujian ke atas diri anak itu

“Kakak budak bijak.” – ini pujian ke atas diri anak itu

“Pandainya anak ibu!” – ini pujian ke atas diri anak itu

Perkara yang dipuji ialah:
•    Usaha
•    Kerja baik
•    Perbuatan baik
•    Hasil kerja
•    Prestasi
•    Sumbangan
•    Komitmen

Teknik Memuji Yang Betul

  1. Sebut perkara yang dipuji tadi secara spesifik.
  2. Beritahu ganjaran baik atau kesan positif yang diterima oleh anak apabila perkara itu dilakukan.
  3. Sebutkan secara jelas kesan positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku positif. Ini akan memberi tiga mesej.
    a)    Kanak-kanak belajar mengenali tingkah laku baik.
    b)    Kanak-kanak mengetahui betapa tingkah laku baik itu memberi kesan baik kepada diri mereka dan orang sekeliling.
    c)    Kanak-kanak mengulang semula tingkah laku baik itu
  4. Pujian diberikan serta merta. Jangan ditangguhkan pada hari dan masa lain.
  5. Berikan pujian secara terbuka apabila ia dilakukan secara terbuka.

Contoh Skrip Pujian yang Betul

“Abang solat awal waktu hari ini (memuji hasil kerja).
Allah dan Nabi menyukai orang-orang yang menjaga solat” (ganjaran baik)

“Kecil-kecil lagi sudah menolong ibu memasak (usaha baik).
Auni tahu apa yang Auni dapat apabila suka membantu ibu? Allah suka, Nabi suka, ibu dan abi pun sayang.” (ganjaran baik)

“Bacaan doa makan abang sudah semakin lancar (prestasi).
Papa dapat dengar dengan jelas doa yang abang baca.” (ganjaran baik)

Kesan Pujian yang Betul

  • Mendorong anak untuk mengulang semula kerja baik itu
  • Mendorong anak untuk melakukan kerja baik yang lain
  • Mendorong anak lain melakukan kerja baik yang dipuji itu

Pujian Kepada Anak-Anak Kecil

Pujian adalah cara yang paling mudah dan murah untuk anak-anak kecil. Daripada pengalaman guru-guru pendorong Rangkaian Tadika ABS, pujian yang betul sudah memadai untuk mendorong tingkah laku positif kanak-kanak.

Pujian seperti:

  • “Kamu bermain dengan baik”
  • “Bagus, kamu berkongsi mainan dengan kawan-kawan”
  • “Bagus, kamu mula berjalan”
  • “Umair sudah pandai letak botol susu di sinki”

Pujian ini sangat berharga apabila…

  • diberikan serta-merta
  • disebutkan di hadapan orang lain
  • diberikan apabila kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang diinginkan
  • kita memberitahu sebab mereka dipuji

One thought on “Cara Mudah dan Murah untuk Mendorong Anak Buat Baik

  1. Rozita kamil says:

    Terbaik !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *