Nurhidayah Jaafar

Nurhidayah Jaafar

Nurhidayah Jaafar, adalah Ketua Jurulatih Teknik Nabi di bawah Kumpulan Pendidikan ABS Education Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Operasi, PTS Edu-Consult PLT iaitu sebuah syarikat konsultan pendidikan dan bisnes pendidikan.

Nurhidayah berpengalaman menjadi tenaga pengajar di beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta serta akademi pengajian bermula tahun 2004, sebelum berkecimpung sepenuh masa sebagai trainer dan speaker pada 2012.

Beliau turut terlibat sebagai salah seorang penulis buku ‘Mendorong Pelajar Corot dengan Menggunakan Teknik Nabi’ dan buku digital bertajuk ‘Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak : 16 Pengalaman Aplikasi Teknik Nabi di Rangkaian Tadika ABS’

Beliau menumpukan keseluruhan usaha untuk membantu para pendidik dan ibu bapa melalui sesi konsultasi, bengkel, seminar, dan ‘personal coaching’. Beliau pernah dijemput untuk berkongsi ilmu di Brunei Darussalam pada tahun 2015, mengisi slot rancangan MHI TV3 pada tahun 2012 dan slot rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah pada Disember 2014.

Sepanjang 4 tahun menjadi trainer, beliau sudah melatih lebih 3000 orang peserta yang terdiri daripada sektor korporat, badan kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, pusat komuniti dan para ibu bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *