Group Genius ABS

 

cropped-cropped-jalan-terus1.jpg

Tentang ABS

Pada awalnya (2012), Puan Ainon Mohd mempunyai visi untuk memandaikan bangsa melalui penyampaian ilmu-ilmu bisnes. Pn Ainon mengambil inisiatif menubuhkan group Facebook SBAM(Sekolah Bisnes Ainon Mohd) yang kemudian ditukar nama kepada ABS-Ainon Business School.

Orang-orang yang awal bersama ABS ketika ini adalah Tn Mohd Hir Effendy bin Mohd Tahir, Tn Mohd Yusry bin Muhammad Yusopp dan Tn Zusuff Kan bin Zainal Kan.

Berpandukan sejarah Rasulullah s.a.w. yang memulakan bisnes dengan servis dan kemudian pergi kepada trading, ABS Holdings bermula dengan penubuhan anak syarikat PTS Hir Consulting pada tahun 2013 – yang memberikan servis latihan bisnes dan keusahawan. Selepas itu anak-anak syarikat lain ditubuhkan seperti Hipersale (untuk sektor trading) dan Edu-Consult (untuk sektor pendidikan).
Hari ini, ABS Holdings mempunyai puluhan anak syarikat yang berada di bawah tiga kumpulan iaitu: Education, Trading dan Services.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *