APABILA ANAK LIAT BERSOLAT

 Tadika ABS Suka Solat

Semalam, saya melihat Muhammad agak liat mahu bersolat Isyak. Saya tidak mahu marah-marah. Saya juga tidak mahu mengkritik anakanda saya ini.

Saya hanya mahu menerangkan kesalahan dan menerangkan peraturan. Namun, informasi yang mahu diberikan bukanlah dengan menggunakan kata-kata yang klise.

Kadang-kadang anak jemu mendengar ulangan kata-kata yang sama. Sebenarnya, dalam usaha mendidik anak, boleh sahaja ibu bapa berkata:

“Solat itu tiang agama.”

“Sebagai umat Islam, kita perlulah bersolat.”

“Allah sayang orang yang bersolat”

Hari ini tahap keliatan Muhammad agak tinggi. Saya cuba berinovasi dengan kaedah dan kata-kata. Alhamdulillah, ketika itu saya terpandang buku ‘Bawalah Anakmu ke Syurga.’

Saya ambil buku itu dan menunjukkannya kepada Muhammad.

Saya berkata, “Semalam, ibu beli buku ini, Bawalah Anakmu ke Syurga.”

Balas spontan Muhammad, “Terima kasih ibu sebab mahu bawa abang ke Syurga.”

Saya senyum. Kemudian saya berkata, “Abang, perkara pertama ibu bapa perlu buat ialah mendidik anak supaya mencintai Allah.”

Muhammad memeluk saya lantas berkata, “Ya, ibu.”

Saya meneruskan cerita.

“Dalam buku ini ada menceritakan tentang Nabi Yahya. Nabi Yahya sangat sayangkan haiwan dan burung-burung sehinggakan sanggup memberikan burung-burung dan haiwan daripada makanannya sendiri.”

Saya melihat Muhammad. Dia masih lagi berbaring dengan matanya tertutup. Apabila mendengar saya diam, Muhammad membuka mata dan memandang saya. Katanya, “Lagi, ibu!”

Maka, saya sambung lagi bercerita.

“Betapa sejak dari kecil, Allah telah memberikan kelebihan kepada Nabi Yahya. Allah berikan ilmu dan kebijaksanaan kepada nabi. Nabi Yahya berkemampuan menyelesaikan masalah syariat yang timbul dalam kalangan masyarakat.”

Nampaknya, Muhammad mula tertarik. Dia mula menelentang.

Tanya anakanda saya ini, “Lagi ibu?”

“Nabi Yahya juga memerintahkan umatnya supaya mendirikan solat kerana Allah memerhatikan hambanya yang sedang bersolat. Juga menyuruh umatnya berpuasa. Yang demikian sama seperti seorang lelaki yang mempunyai bungkusan minyak kasturi yang harum sekali baunya.”

Muhammad mendiamkan diri. Ketika itu, saya terus memeluk Muhammad.

Saya berkata, “Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah Maha Pemurah. Allah Maha Pelindung. Allah yang sentiasa berada bersama kita walaupun waktu kita susah.”

Kemudian, saya lepaskan pelukan dan berkata, “Ibu mahu berwuduk.”

Balas Muhammad, “Selepas ibu, abang pun mahu ambil air sembahyang.”

Alhamdulillah. Tanpa disuruh-suruh, Muhammad bersolat Isyak juga akhirnya.

———————————————————————————————————————————————————–

Buku Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak ini mengandungi 25 pengalaman sebenar ibu bapa dan guru-guru mengamalkan Teknik Nabi untuk mengubah sikap dan tingkah laku anak-anak yang pelbagai ragam dan karenah.

Kurang tumpuan, kuat menangis, malas mandi, pelat, agresif, obses dengan ultraman, malas bersolat, tidak dengar cakap, kuat menjawab, dan macam-macam lagi karenah mereka. Ada yang melucukan dan ada yang membuatkan kita sakit hati.

Tidak cukup dengan membaca pengalaman ibu bapa dan guru-guru ini, penulis juga berkongsi:

11 TIPs Mendorong Tingkah Laku Positif Anak-anak.
  1. Memuji Kanak-kanak
  2. Mendoakan Anak-anak
  3. Mendorong Anak Memberhentikan Tingkah Laku Negatif
  4. Menyuruh Anak
  5. Mendorong Anak Berakhlak Baik
  6. Mendorong Anak Melakukan Tugas Baru
  7. Menegur Tingkah Laku Negatif
  8. Menerangkan Peraturan
  9. Mendorong Anak yang Tidak Mahir Membaca
  10. Mendorong Anak Mudah Bangun Pagi
  11. Memberi Markah
 bonus
Beli SATU buku ini, anda akan menerima SATU buku percuma 100 SKRIP MENDORONG ANAK POSITIF.

Ramai ibu bapa sudah kehilangan kata-kata pujian untuk diucapkan kepada anak-anak mereka. Kami sediakan 100 kata-kata dalam buku poket ini, dan ia mudah dibawa ke mana-mana. Boleh terus digunakan. Dalam masa yang sama, anda boleh belajar memahirkan diri untuk mencipta kata-kata anda sendiri.

kandungan-100-skrip-2 kandungan-100-skrip-1
beli-sekarang
cta-poster
 beli-sekarang
kaver-cetak-ai-outline
 beli-sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *